Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Ting-Ting Minda dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan jawi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK. Reka bentuk kajian ini berdasarkan eksperimental benar dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Responden kajian terdiri daripada 24 orang murid tahun 3 Abu Hurairah dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Kumpulan kawalan terdiri daripada 12 orang murid dan 12 orang murid lagi dalam kumpulan rawatan. Permainan Ting-Ting Minda digunakan dalam kajian ini sebagai alat rawatan kepada kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra-pasca, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 17.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor ujian pasca kumpulan rawatan iaitu 84.17 berbanding 49.58 bagi kumpulan kawalan. Secara keseluruhannya, Ting-Ting Minda sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membaca perkataan jawi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK.
Kata kunci: Ting-Ting Minda, Kemahiran Membaca, Perkataan Jawi, Suku Kata Terbuka, Suku Kata Tertutup
6:14 AM
Subscribe to:
Comments (Atom)
